» »Unlabelled » Australia masih analisis imej dari Perancis


Pihak berkuasa Australia hari ini berkata, mereka masih memeriksa imej radar Perancis yang menunjukkan objek berpotensi MH370 dan masih masih belum beralih daripada Selatan Lautan Hindi ke arah Utara untuk pencarian itu.

“Kami baru saja dapat maklumat dan masih memeriksanya,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) kepada Reuters melalui telefon, menolak menyatakan bila imej itu diterima.

Menurut AMSA, kawasan carian diteruskan di kawasan 2,500km dari Barat Daya Perth, lokasi dua objek terapung dikesan satelit sebelum ini, lapor agensi berita antarabangsa itu.

Amsa mengetuai carian antarabangsa sepanjang lengkungan Selatan. Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang pada 8 Mac lalu.

Imej daripada Amerika Syarikat dan satelit China menunjukkan objek berpotensi di kawasan yang sama.

Imej daripada Perancis bagaimanapun berada 850km ke Utara lokasi carian semasa.

Sumber M-K

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .