Kami sebagai peniaga runcit dan peniaga kecil berasa amat dukacita dengan kempen yang dijalankan oleh kerajaan Umno-BN sekarang.
Hal ini kerana, kempen pemantauan harga yang dijalankan amat tidak adil dan menindas golongan peniaga macam kami. Pelabagai ugutan dan denda yang bakal dikenakan jika harga yang kami jual gagal mematuhi harga yang ditetapkan.
Tahukah kerajaan Umno-BN bahawa kami bukan sesuka hati menaikkan harga barang. Jika tindakan dikenakan kepada kami, bagaimana pula dengan pemborong dan pengilang yang sesuaka hati menaikan harga barang? Adakah mereka juga akan didenda seperti kami?
Yang Umno-BN nampak hanyalah kesalahan kami kerana kamilah yang berdiri di barisan hadapan sekali dan mudah untuk dikambinghitamkan.
Ketahuilah bahawa, anda juga – Umno-BN – penyumbang utama kepada segala kenaikan harga barangan ini. Jika anda menaikkan harga barang tertentu, anda akan mengemukan pelbagai hujah dan alasan tidak masuk akal dan memaksa rakyat menerimanya – sampai menggunakan hujah “ketentuan Allah”.
Kenapa apabila kami menaikkan harga barang sejajar dengan kenaikan yang Umno-BN buat, kami dihukum? Anda pula terlepas.
Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menghukum parti pemerintah yang tidak perihatin nasib rakyat. Mungkin pilihan raya umum lambat lagi, namun kita boleh bersedia dari sekarang dan mari mulakan dengan PRK Kajang!
FEB 04, 2014 SURATMAN BASHIR
No comments: