Kebanyakan laman web Pejabat dan Jabatan Kerajaan sama ada peringkat negeri atau persekutuan tidak terurus dengan baik sebagaimana diharapkan. Hal ini kerana masih lagi tidak dikemaskinikan dan sentiasa ketinggalan zaman.
Susah bagi orang awam saperti kami untuk mendapatkan maklumat saperti bagaimana untuk berhubung dengan pegawai-pegawai berkenaan yang ada hubungkaitnya dengan permasalahan kami atau bagaimana untuk mendapatkan unit-unit bahagian tertentu untuk membuat rujukan.
Diharap pihak Jabatan ataupun pejabat terutama sekali yang membabitkan urusan dengan orang awam hendaklah lebih perihatin dan bersikap profesional dalam memberikan infomasi yang berguna yang boleh membantu pelanggan supaya tidak terkial-kial dan kurang memahami prosedur jabatan yang hendak dihubungi.
Begitu juga dengan masalah untuk berhubung dengan jabatan dan pejabat kerajaan ini kerana selalu sahaja lambat disambut oleh telefonis atau tidak dapat langsung. Ada juga apabila minta dihubungkan dengan pegawai yang hendak dihubungi tidak ada dipejabat atau sedang bercuti.
Kami sebagai orang awam yang kebanyakannya datang dari kampung yang jauh dari pendalaman yang terpaksa menaiki bas awam dan teksi apabila hadir sendiri dipejabat kadangkala kecewa apabila pegawai yang hendak kami berurusan itu tidak ada atau sedang bercuti. Oleh hal yang demikian adalah mustahak sangat apabila segala maklumat untuk membuat temujanji melalui hubungan telefon dan website jabatan disediakan. Inilah selalu yang kami hadapi. Jabatan kerajaan hendaklah lebih telus dan bersikap berkerjasama dan dipermudahkan serta cekap apabila berurusan dengan orang awam tidak kira siapa dan status mereka.
Jabatan yang paling effisen ialah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan jabatan-jabatan Kerajaan yang lain yang berada diPutrajaya berkemungkinan kerana kedudukan Jabatan ini diperingkat pusat.
No comments: