» » Martino luah rasa bimbang


Jurulatih Barcelona, Gerardo Martino mengakui yang beliau bimbang mengenai prestasi pasukannya apabila beraksi di gelanggang lawan pada tahun ini.

Martino menyuarakan kebimbangan itu sejurus The Catalan melakarkan kekalahan mengejut 0-1 di tangan Valladolid pada aksi Liga Sepanyol awal pagi semalam.

Musim ini, Barcelona sekadar memenangi satu dari lima perlawanan ketika beraksi di gelanggang lawan.

Sebelum aksi menentang Valla- dolid, mereka juga tewas kepada Real Sociedad.

Mengulas lanjut, Martino meng- gesa barisan pemain The Catalan agar memberikan fokus yang tinggi dalam usaha mencabar kejuaraan liga pada musim ini.

"Kami harus menilai dari semua aspek yang mana pada musim ini kami gagal memberikan aksi yang lebih kemas.

"Situasi itu jelas apabila kami beraksi di gelanggang lawan dan sejujurnya, perkara ini agak membimbangkan saya.

"Ini kerana kebanyakan pemain-pemain musim ini tidak beraksi sepenuhnya pada tahun lalu dan kami jangkakan sudah tiba masanya kami perlu mengembali- kan rentak sebenar.

"Saya menilai perkara itu menerusi dua kekalahan kami dalam aksi liga dan sepatutnya perkara itu tidak seharusnya terjadi," katanya


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .