» » Hentikan angan-angan: Pelegrini


Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini tidak mahu anak-anak buahnya memikirkan potensi mereka mendakap empat trofi musim ini.

The Citizens bakal berdepan Wigan Athletic dalam aksi suku akhir Piala FA di Stadium Etihad tengah malam ini selepas masih segar dengan kejayaan mendakap trofi Piala Liga apabila menewaskan Sunderland di pentas final di Stadium Wembley minggu lalu.

Selain itu, skuad kendalian Pellgerini masih beraksi dalam pentas Liga Juara-Juara biarpun ketinggalan menerusi agregat 0-2 di tangan Barcelona, selain kekal dalam kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana England.

Namun kapten pasukan, Vincent Kompany mendedahkan bahawa pengurus kelahiran Chile itu tidak mahu barisan pemain The Citizens memikirkan peluang tersebut.

"Perkataan quadruple diharamkan di dalam bilik persalinan.

"Saya tidak pernah menggunakan perkataan itu dan begitu juga dengan rakan-rakan sepasukan yang lain kerana ia tidak disukai pengurus (Pellegrini).

"Kami perlu memberikan yang terbaik dalam setiap kejohanan dan itu yang paling utama," kata Kompany.

Kompany memberitahu, selain berhasrat menewaskan Wigan yang pernah mengecewakan mereka di pentas final Piala Liga musim lalu, mereka juga mahu memadam kelebihan defisit gol yang dimiliki
Barcelona menjelang aksi kedua pusingan kalah mati kempen Liga Juara-Juara pada 13 Mac depan.

"Perjuangan kami masih belum berakhir dan akan membuktikannya di Stadium Nou Camp.

"Sudah tentu kami percaya mampu melakukannya, jika tidak lebih baik kami tidak datang langsung ke Barcelona.

"Ia sesuatu yang cukup sukar namun kami akan datang ke sana dengan keyakinan yang cukup tinggi.

"Jadi, kami perlu membuktikan kemampuan kami sebagai pasukan yang hebat sekali gus tampil dengan aksi yang memberangsangkan," ujar Kompany

Dipetik dari

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .