Perubahan terbaharu dari segi kuasa enjin dianggap beberapa pelumba utama menjadikan perlumbaan kereta Formula Satu (F1) semakin perlahan dan hilang keasliannya.
Lewis Hamilton yang sudah biasa dengan bunyi bising dan kepantasan enjin V10 dan V8 sebelum ini mengakui, keaslian F1 sudah hilang walaupun menganggap saingan sentiasa bergerak ke hadapan.
"Saya sukakan bunyi enjin yang menyebabkan orang terpaksa menutup telinga. Itu F1 yang sebenar.
Tetapi ia sudah menjadi sejarah sekarang. Kita perlu bergerak ke hadapan," katanya.
Bagaimanapun, ada yang melihat proses perubahan itu bukan satu usaha bergerak ke hadapan seperti mana yang dikatakan Hamilton.
Sebaliknya, ia satu langkah yang mengundur ke belakang atau lebih tepat lagi dibuat semata-mata untuk menyekat dominasi Red Bull.
"Ia bergerak ke belakang kerana kepantasan sudah semakin kurang apabila kita bertukar dari enjin 2.4 liter V8 kepada 1.6 liter V6 turbo.
"F1 sudah semakin perlahan kelajuannya berbanding tahun lalu. Tetapi berapa perlahan hanya akan dapat kita tentukan apabila musim perlumbaan bermula di Melbourne 16 Mac nanti," kata Sebastian Vettel.
Pasukan Vettel iaitu Red Bull antara pasukan yang paling terjejas berikutan perubahan peraturan dan kuasa enjin tersebut.
Sehingga kini, Red Bull dan Renault masih gagal menyelesaikan masalah enjin yang dihadapi menyebabkan sesi ujian pra-musim mereka gagal baru-baru ini.
Dipetik dari
No comments: