» » » Wanita malang diekori hingga ke tingkat 28 sebelum dicabul


Seorang wanita tidak menjangka tiga remaja yang mengekorinya menaiki lif rupa-rupanya bertindak menyamun dan juga mencabulnya.

Mangsa yang berusia 30an itu diekori suspek sehingga ke tingkat 28 di salah sebuah pangsapuri di Bukit Jambul.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian berlaku pada Khamis lalu kira-kira jam 10.35 malam.

Menurutnya, melalui laporan, kesemua tiga remaja berusia 16 hingga 20 tahun itu mengikuti mangsa sehingga ke luar lif dan terus menahannya.

"Kemudiannya secara tiba-tiba salah seorang suspek telah memeluk dan mencium pengadu manakala seorang lagi telah mengambil beg milik mangsa.

"Wanita tersebut merayu supaya mereka memulangkan begnya, walaupun beg telah dipulangkan namun suspek mengambil telefon bimbit serta wang tunai bernilai RM40," katanya.

Lebih menjijikkan apabila salah seorang dari remaja tersebut turut membuka seluar untuk mencabul mangsa.

Mior berkata, namun Jumaat lalu, anggota polis berjaya menahan empat suspek di Sungai Nibong pada jam 6.30 petang.

Dipercayai kesemua remaja tersebut tidak bersekolah.

"Melalui tangkapan tersebut, tiga suspek mengaku terlibat sementara seorang lagi yang ditahan mengaku telah membeli telefon bimbit milik mangsa dari salah seorang suspek yang terlibat.

"Kami telah mereman kesemua remaja berkenaan sehingga Khamis depan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .