Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Singapura dilaporkan berminat untuk menyoal jutawan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dalam siasatan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.
Straits Times Singapura memetik pegawai penyiasat CAD, Oh Yong Yang berkata demikian kepada mahkamah semasa perbicaraan kes bekas pegawai bank BSI Yeo Jiawei yang menghadapi pertuduhan membantu pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB dan cuba menutupnya.
Oh dipetik sebagai berkata bahawa polis Singapura juga berminat menyoal sekutu Jho Low, termasuk Eric Tan Kim Loong dan Mohamed Badawy Al Husseiny (gambar).
Beliau berkata ketiga-tiga lelaki juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa yang lain.
Mereka juga dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang setebal 136-halaman berhubung siasatan saga 1MDB.
DOJ percaya lebih AS$3.5 bilion diselewengkan daripada dana Malaysia itu dan disalurkan melalui sistem kewangan Amerika.
No comments: