Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada sidang kemuncak ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Peru, baru-baru ini.
Bekas perdana menteri itu turut mendakwa Najib mesti sedar mengenai kenyataan Obama itu yang ditujukan kepada beliau.
"Najib ada di sana.
Beliau mesti dengar.
Beliau pasti tahu Obama merujuk kepadanya.
Saya pasti beliau masih boleh tersenyum yang dibuat-buat.
Beliau tidak tahu malu.
"Beliau mungkin terfikir Obama memujinya sama seperti yang beliau sangka demonstrasi BERSIH tidak mendapat sambutan ramai," ujar Mahathir dalam catatan blognya.
Dalam ucapannya pada sidang kemuncak Apec, yang turut dihadiri oleh Najib, Obama membuat rujukan kepada dana yang disalurkan ke dalam bank Swiss.
Antara lain, Obama dalam ucapannya itu menggesa semua pihak agar bertanggungjawab dalam menghormati maruah rakyat dan kekangan AS untuk membantu negara lain jika pemimpin negara itu mahu menindas rakyatnya, tidak menyediakan pendidikan atau menyalurkan semua dana pembangunan ke dalam akaun bank Swiss.
Sementara itu, Mahathir juga sedar mengenai gambar Najib berjabat tangan dengan Obama pada sidang kemuncak itu yang disiarkan oleh media Malaysia.

Saksikan video dibawah dan nilaikan sendiri .
"There are limits to our reach in other countries if they are determine to oppress their people .....OR ....... deny the rights of girls education .............OR .......................Siphone off Development Funds in Swiss Bank Account because They are CORRUPTED! "

No comments: