» » » Mangsa tangkapan BERSIH: 5 dibebaskan kecuali Maria Chin yang masih ditahan



Polis telah membebaskan lima ahli politik dan tiga aktivis yang ditahan sebelum himpunan BERSIH 5 kelmarin.

Kesemua mereka telah ditahan pada hari Jumaat yang lalu dan disiasat atas pelbagai kesalahan. Lapan mereka ialah:

- Safwan Anang, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH
- Mandeep Singh, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH
- Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali, aktivis pelajar
- S Arutchelvan, ahli jawatankuasa PSM
- Wong Chee Wai @ Jimmy Wong, ahli DAP
- Lee Khai Ming, ahli DAP
- Anis Syafiqah, jurucakap TangkapMO1
- Ronnie Liu, bekas exco Selangor dari DAP

Bercakap kepada pemberita selepas pembebasan tersebut, peguam Ramkarpal Singh berkata, perintah reman ke atas lapan individu tersebut tamat pada hari ini, oleh itu, mereka dibebaskan.

"Setakat yang saya tahu ... keseluruhan proses (boleh dicirikan) sebagai tahanan dengan niat untuk menghalang penyertaan mereka dalam BERSIH 5.

"Ini adalah hal yang sangat memalukan kerana kita tidak nampak sebab atau keperluan untuk menangkap mereka semua pada malam sebelum BERSIH 5," katanya.

Ramkarpal, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata, polis mempunyai masa yang cukup untuk menangkap dan menyoal anak guamnya sebelum BERSIH 5.

"Jelas sekali, ini semua dilakukan dengan niat untuk menggagalkan BERSIH 5," ujar beliau lagi.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah yang turut ditahan pada hari Jumaat yang lalu, bagaimanapun, tidak tersenarai di kalangan mereka yang dibebaskan hari ini.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .