» » » Malaysia kini jadi tempat 'buang sampah' barangan tak bermutu yang tak pernah berlaku sebelum ini


Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris mendedahkan bahawa Malaysia telah menjadi tempat longgokan barangan yang tidak bermutu.

Menurut beliau, ini ekoran kebanjiran barangan tidak bermutu walaupun ditawarkan murah yang dikhuatiri akan membahayakan keselamatan pengguna.

Barangan yang dimaksudkan itu termasuklah kunci, peralatan menulis, beg sekolah, jam, barangan elektrik, kasut dan alat permainan yang popular dalam kalangan pengguna berpendapatan rendah.

"Produk ini yang kebanyakannya berasal dari China dan Thailand dijual di tempat-tempat seperti pasar raya, pasar mini, pasar lambak, pasar malam, kedai tertentu di pusat beli-belah dan kedai perkakasan.

"Sesetengah barangan ini berharga serendah RM2, harganya adalah sebahagian kecil daripada produk sama dengan kualiti yang lebih baik tetapi kelihatan popular dalam kalangan pengguna daripada kumpulan berpendapatan rendah.

"CAP berpendapat adalah sama ada produk ini memenuhi keperluan keselamatan produk kerana tiada gunanya harga yang murah jika ia tidak selamat untuk penggunaan pengguna," kata beliau dalam kenyataan.

Di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 fasal 32(1) dan fasal 32 (2) (a), barangan yang dibekalkan kepada pengguna seharusnya merupakan jaminan bahawa barangan itu adalah bermutu, bebas daripada kecacatan, selamat dan tahan lama.

Mengulas lanjut, jelas beliau, tinjauan CAP juga mendapati produk import ini sering dilabelkan dalam bahasa asing dan tidak di dalam Bahasa Malaysia.

"CAP hairan bagaimana produk berkualiti buruk seperti itu boleh membanjiri pasaran terutama sekali barangan elektrik yang sepatutnya diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM sebelum ia boleh dipertimbangkan untuk diimport.

"Jelas sistem semasa tidak berfungsi, bukan sahaja tidak mempunyai pelekat ‘SIRIM’ malah ia berjaya melepasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang sepatutnya tidak membenarkan sebarang barangan elektrik diimport tanpa kelulusan SIRIM," tambah beliau.

Justeru, CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk campur tangan dan menguatkuasakan akta berkenaan ekoran penjualan produk bermutu rendah walaupun murah amat berleluasa dan mungkin mendedahkan ancaman kepada kesihatan dan keselamatan pengguna, ujarnya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .