» » » Mahu kerajaan Malaysia tetapkan harga siling bagi petrol


Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan mahu kerajaan menetapkan harga siling bagi harga runcit petrol.

Ini susulan pengumuman harga baru semalam yang sekali gus mencatat rekod sebagai harga bahan bakar paling tinggi untuk tahun ini.

“Kerajaan sepatutnya menetapkan harga siling bagi harga runcit petrol dan kerajaan mesti menampung lebihan kos daripada harga siling tersebut dengan subsidi.

“Ini kerana penentuan harga petrol berdasarkan sistem apungan terkawal sentiasa mendedahkan rakyat kepada kenaikkan harga petrol secara berterusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harga bahan api bulanan ketika ini ditentukan berdasarkan purata harga minyak mentah dunia dan kekuatan mata wang negara pada bulan sebelumnya.

Walau bagaimanapun, Nasruddin berkata, kerajaan juga perlu mengambil kira inflasi dan rizab penampan negara dalam menentukan harga bahan api.

Beliau berkata, ini supaya mereka dapat merasai bebanan golongan bawahan.

“Rakyat berhadapan dengan situasi ekonomi yang sangat mencabar, kesan daripada kenaikan kos sara hidup setelah pelaksanaan GST dan penurunan subsidi terhadap barangan keperluan.

“Ini ditambah pula dengan peluang pekerjaan yang terhad, menyebabkan tabungan rakyat semakin menipis,” katanya.

Kerajaan, semalam mengumumkan kenaikan 15 sen untuk RON95, RON97 dan diesel, yang menyaksikan harga baru masing-masing meningkat kepada RM1.95, RM2.30 dan RM2.00 seliter.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

6 comments:

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .