» » » Kereta Nissan Sunny dilelong oleh JPJ dengan harga cuma RM150 sahaja


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengutip sebanyak RM83,100 dalam lelongan awam kedua tahun ini di pejabat jabatan itu di Senawang, di sini, hari ini.

Pengarah JPJ negeri, Azrin Borhan berkata, lelongan itu membabitkan 60 kenderaan yang tidak dituntut hak milik yang terdiri 28 buah motosikal, kereta (30) dan lori (2).

"Bidaan paling tinggi adalah sebuah lori iaitu RM9,100, manakala yang terendah, kereta jenis Nissan Sunny bernilai RM150 dan motosikal Y100 bernilai RM400," katanya selepas lelongan awam di sini.

Katanya, semua dilelong adalah kenderaan disita atas pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai cukai jalan dan mengubahsuai enjin dan nombor chasis.


"Seramai 200 pembida yang hadir dari seluruh negeri pada hari lelongan yang bermula jam 9 pagi sebelum tamat jam 12.30 tengah hari.

"Pada lelongan awam pertama, Mei lalu kita mengutip RM98,200 membabitkan 60 kenderaan," katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .