» » » Hamzah Zainuddin.silap bandingkan harga antara air mineral dan minyak masak kerana air mineral bukan barang keperluan rakyat Malaysia


Air mineral mungkin lebih mahal berbanding minyak masak jika subsidi minyak masak dimansuhkan sepenuhnya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Bercakap di Dewan Rakyat semasa sesi Soalan Menteri, Hamzah menafikan bahawa subsidi minyak masak telah dimansuhkan sepenuhnya.

Katanya, kerajaan masih memberi subsidi bagi beg palstik 1kg minyak masak yang dijual pada harga RM2.50.

Kementerian itu mengandaikan setiap individu hanya menggunakan satu setengah kilogram minyak masak bagi setiap bulan.

Berdasarkan ini, Hamzah berkata walaupun subsidi dikurangkan, dan harga minyak masak meningkat kepada kira-kira RM4 sekilogram, ia hanya peningkatan RM2.25 dalam perbelanjaan bagi setiap individu.

“Padahal dia (pengguna) beli mineral water yang tiapitiap hari dia minum harga melebihi daripada harga minyak masak,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyangkal dakwaan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang berkata rasionalisasi subsidi minyak masak akan menyebabkan perbelanjaan meningkat kepada sebanyak RM50 seorang setahun.

Sebotol air mineral 500ml adijual pada purata dijual kira-kira RM1.20, manakala botol 1.5 liter pula dijual kira-kira RM3.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. saya rasa kenaikan minyak masak bukan setakat peningkatan rm 50 seorang kemunkinan lebih dari rm 50 setahun kerana sifir kerajaan kepada individu tidak kepada peniaga cuba bayangkan dengan gst hanya 6% setahun rakyat telah menanggong beban kos kewangan setiap bulan beratus ringgit kerana hampir kesemua barangan meningkat naik walaupun tiada gst bagi setengah barangan tetapi peniaga restoren dan kedai kopi tiada istilah gst kesemua mereka menaikan harga makanan atas alasan gst contoh roti canai kosong kebanyakan kedai jual rm 1/- tetapi minyak dan tepung gandum tidak dikenakan gst tetapi mereka tetap naikan harga dari 70sen dan 80 sen ke rm1 peningkatan 20% dikota bharu sahaja nasi minum pagi paling minim kenaikan 50 sen dan makan tengahari rm 1 kenaikan kalau kita ada anak lima orang cuma jumlah risiko untuk kenaikan gst itu mengikut hari,bulanan dan tahunan 1 hari makan diluar 2x pagi dan tengahari (wajib untuk pekerja) ini bermakna perbelanjaan seorang meningkat kos rm 1.50 satu hari untuk makan sahaja bagaimana kalau 5 orang anak yang bersekolah saya rasa dengan harga minyak masak tanpa subsidi tidak mustahil kenaikan makanan minima 50 sen akan dinaikan oleh peniaga peniaga dan kerajaan tidak akan dapat mengawal peniaga dari menaikan harga makanan habis tinggi pihak kpdnkk akan mengeluarkan amaran lapok nya akan bertindak jika ada peniaga yang menaikan harga barang makanan.Saya ingin memberi cadangan kepada pihak kpdnkk agar membuat kajian sendiri tentang kos sesuatu barang makanan dan memberi harga siling mengikut premis contoh harga di hotel tentu kita tidak bolih minta sama dengan harga restoren kecil tetapi kpdnkk bolih mewarwarkan hasil kajian kepada rakyat supaya rakyat tahu peniaga mana yang cekik darah ,kita ambil contoh roti canai kosong dari apa yang difahamkan oleh pembuat roti canai sekilo gandum bolih buat lebih kurang 13 biji roti kosong 13x dengan harga rm1 jadi 13 ringgit kita katakasn modal sekilo roti canai rm5 ini bermakna bagi setiap kilo gandum peniaga mendapat untung bersih rm 7 lebih dari seratus peratus,begitu juga air minuman air teh o paling banyak keuntungan sebab sekilo gula bolih dapat berpuluh gelas air teh o sedangkan teh o habis murah 80 segelas ,ingatlah peniaga sentiasa mengambil kesempatan terhadap pengguna setiap kenaikan harga barang yang diumumkan oleh kerajaan akan menjadikan alasan untuk mereka melipat gandakan keuntungan.

    ReplyDelete

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .