Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter dilapor melanda pantai timur Honshu, Jepun, pada 4.59 pagi ini.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya hari ini berkata gempa itu berpusat di 45km timur laut Iwaki, Jepun, dan 4,189km dari timur laut Kudat, Sabah.
Gempa itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami terhadap Malaysia, lapor Bernama.
Sementara itu gempa bumi 6.3 magnitud melanda perairan Pulau Utara, New Zealand pagi tadi, lapor Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
Reuters melaporkan pusat gempa direkodkan di pesisir pantai Pulau Utara, 138 kilometer (km) dari Utara Palmerston di kedalaman 37 km.
Lebih 4,000 gempa susulan direkodkan sejak gempa kuat 7.8 magnitud melanda Christchurch pada awal pagi 14 November lalu.
No comments: