Perhimpunan BERSIH pertama yang diadakan pada November 2007 berarak ke Istana Negara dengan penyerahan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kepada Raja-Raja Melayu jualah akhirnya rakyat mengadu nasib, kehidupan yang terus tertekan dan berulang kali pula dipersenda di bawah pentabiran Umno-BN.
Daripada perhimpunan BERSIH yang pertama itu, warna kuning kekal dipakai sehingga ke hari ini.
Kesan dan tamparan BERSIH pertama cukup besar. Lima bulan selepas perhimpunan itu, Umno-BN kalah teruk di dalam pilihan raya umum 2008.
Mereka hilang lima negeri.
Termasuk negeri strategik dari sudut ekonomi seperti Selangor dan Pulau Pinang.
Umno-BN juga buat pertama kali dalam sejarah politik tanahair kehilangan dua pertiga kerusi di parlimen.
Memandangkan hebatnya penangan gerakan ini kepada Umno-BN, maka ketika rancangan untuk mengadakan perhimpunan BERSIH kedua, Pemuda Umno mula masuk kacau daun.
Waktu sama, ada kalangan tokoh tertentu dalam Pemuda Umno melihat itulah waktu untuk menyelit tumpang popular. Dia berfikir, sekurang-kurangnya dengan menentang BERSIH, dia akan segera dilihat jadi hero di kalangan partinya sendiri.
Berjuang di Instragram
Di situlah pertama kali lahirnya geng baju merah, yang diketuai oleh menantu mantan perdana menteri.

Geng pemuda Umno yang membentuk geng baju merah itu telah menamakan diri sendiri sebagai “Patriot”.
Betapa poyo dan tak kuatnya idea geng baju merah Patriot itu, maka dengan cepat nama Patriot lupus dan dilupakan oleh rakyat dan penyokong mereka sendiri sekalipun.
Dua-tiga orang geng baju merah Patriot itu, pada hari ini telah pun mendapat habuan menjadi YB dan menteri.

Kumpulan pertama pemimpin geng baju merah itu kini tidak perlu susah-susah berpanas berhujan lagi.
Mereka hanya perlu ‘berjuang’ di Instragram sahaja.
![](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_sqwboUyuRRBDYeUM1u5LL24PfQShIkY9NmSQ_PeGhdhB4B-btY81oAQo_GSxomd5S0asw2pV12uGfyzQ2YlWzPGuSR3mwCyA0TTKLFlrlYant-hsTT3aMk6bfcmLGcSla8qyFL=s0-d)
Daripada pemimpin pemuda Umno, geng baju merah pun beralih tangan kepada seorang lagi pemimpin Umno.
Kali ini hanyalah seorang pemimpin di peringkat bahagian.
Namanya Jamal Yunos aka Jamal ikan bakar aka Jamal Jamban.
Biar apa pun kritikan orang terhadap mantan pemilik restoren ikan bakar itu, nampaknya dia lebih berjaya memainkan watak dan peranan sebagai pemimpin geng baju merah berbanding di zaman ketua pemuda Umno dahulu.
Masakan tidak, Jamal sanggup berdarah hidung berbanding Pemuda Umno yang sekadar main acah-acah koyak-koyak t-shirt sahaja.
Tetapi, janganlah pula terlalu membezakan antara manusia.
Antara kepimpinan Jamal dan Pemuda Umno, ada kesamaannya.

Walau pun seorang sudah jadi menteri dan seorang lagi masih bertungkus lumus mengejar aktivis BERSIH di mana-mana, kedua-duanya tetap gagal memberikan idea, dasar dan gagasan lebih besar dalam banyak persoalan bangsa dan negara.
Hampir kantoi
Di sela-sela permainan politik itu, BERSIH tetap berlangsung satu siri ke siri yang lain.
Di era Najib menjadi PM, sekurang-kurangnya sudah tiga kali BERSIH berhimpun secara besar-besaran di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Semuanya menjelang PRU ke-13, sehinggalah apa juga usaha PM - termasuk mengupah APCO sebagai penasihat - telah tetap gagal untuk mengembalikan kuasa dua-pertiga Umno-BN di parlimen.
![](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_tvrxXtWU_1Fi5THLibRRKO3dOLhmFpOlQLgNWOAVKEcB9VfXN4V2DUdDM5imMqrwjHQ3ck1KxHrlChhbEvbjzvZAME0fCXeAY5vkU3jAoj2z9fBHoscz4PvlAp3AqMYWmM09Hj=s0-d)
Hampir kantoi
Di sela-sela permainan politik itu, BERSIH tetap berlangsung satu siri ke siri yang lain.
Di era Najib menjadi PM, sekurang-kurangnya sudah tiga kali BERSIH berhimpun secara besar-besaran di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Semuanya menjelang PRU ke-13, sehinggalah apa juga usaha PM - termasuk mengupah APCO sebagai penasihat - telah tetap gagal untuk mengembalikan kuasa dua-pertiga Umno-BN di parlimen.
Lebih menggerunkan PM Najib, dengan kuasa rakyat yang diwakili oleh begitu ramai YB Pakatan Rakyat,
Bajet yang beliau bentangkan di Dewan Rakyat pada 2010 juga hampir kantoi dan dapat disailang oleh blok Pakatan Rakyat.
Kita masih ingat peristiwa malam itu di mana semua YB BN terpaksa pogoh-pagah dipanggil ke Parlimen kerana blok Pakatan Rakyat sedang membuat serangan bagi memastikan

Bajet Najib tidak cukup undi untuk diluluskan.
Dan, kekuatan yang dimilik blok pembangkang di dalam Dewan Rakyat hari ini adalah kesan tidak langsung perjuangan rakyat turun ke jalan raya dengan memakai baju kuning BERSIH.
Terakhir kali perhimpunan BERSIH adalah pada Ogos tahun lalu.
Wartawan - termasuk media arus perdana - mana pun naik saksi bagaimana disiplin tinggi rakyat yang menyertai perhimpunan BERSIH itu dengan bermalam di sekitar Dataran Merdeka, namun tidak ada walaupun sepuntung rokok ditinggalkan bersepah apabila mereka bersurai.
Empat kali perhimpunan BERSIH juga tak pula berkesudahan menjatuhkan kerajaan dengan jalan demonstrasi.
Kehadiran Mahathir, Muhyiddin
Perhimpunan sebagai hak yang dijamin di dalam perlembagaan masih menjadi corong suara paling kuat dan membingitkan telinga penguasa Putrajaya.
Waktu sama, perhimpunan BERSIH juga adalah menyebar kesedaran mengenai begitu banyak kejahatan yang telah dilakukan pimpinan tertinggi negara bersama komplotan menteri-menteri mereka.
![](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_ts8FMjG3OCwFvVWQxM7LioAlgbFpVOiluEIgQvF02Cw6gekQcVqrABfv0G9M2jlcLA-fHvl_v3vRgQzVO4ZoEHBRqdiH_f5ii7DAcUiK7eRQqopcZziZf3QDhCG_WeBDlutb8=s0-d)
Dan, kekuatan yang dimilik blok pembangkang di dalam Dewan Rakyat hari ini adalah kesan tidak langsung perjuangan rakyat turun ke jalan raya dengan memakai baju kuning BERSIH.
Terakhir kali perhimpunan BERSIH adalah pada Ogos tahun lalu.
Wartawan - termasuk media arus perdana - mana pun naik saksi bagaimana disiplin tinggi rakyat yang menyertai perhimpunan BERSIH itu dengan bermalam di sekitar Dataran Merdeka, namun tidak ada walaupun sepuntung rokok ditinggalkan bersepah apabila mereka bersurai.
Empat kali perhimpunan BERSIH juga tak pula berkesudahan menjatuhkan kerajaan dengan jalan demonstrasi.
Kehadiran Mahathir, Muhyiddin
Perhimpunan sebagai hak yang dijamin di dalam perlembagaan masih menjadi corong suara paling kuat dan membingitkan telinga penguasa Putrajaya.
Waktu sama, perhimpunan BERSIH juga adalah menyebar kesedaran mengenai begitu banyak kejahatan yang telah dilakukan pimpinan tertinggi negara bersama komplotan menteri-menteri mereka.
Selepas empat kali berjaya diadakan dengan aman, BERSIH5 yang akan berlangsung Sabtu, 19 November ini akan lebih istimewa.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan sokongannya kepada perhimpunan BERSIH.
Bagaimanapun Dr Mahathir dilaporkan berkata mungkin tidak dapat hadir BERSIH5 Sabtu ini, kerana pada tarikh itu beliau dijadual berada di luar negara.
Dan juga buat pertama kalinya juga, seorang Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mahu hadir.
Kehadiran kedua-dua mantan pemimpin utama Umno-BN adalah simbol kemenangan moral kepada para pejuang reformasi dan demokrasi yang sudah sekian lama dihambat polis, dipukul dengan cota, disimbah air asid, ditangkap dan ribuan yang pernah didakwa.
Pengajaran mudah yang perlu segera diambil oleh seluruh kepimpinan Umno-BN yang masih totok menjadi Umno-BN ialah agar tidak terlalu sombong dan angkuh ketika berkuasa.
Manalah tahu nanti ketika mereka tersingkir daripada koridor kuasa yang rapuh itu kelak, mereka akan kembali kepada rakyat.
![](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_uOeK-drYSX-HkJX3XY-NOEH4FBcI_m-TmUkwpwlebFfZfj7SpH0kvv6HoBuEJOEjxzQmuhvsOsxGPNFNs4DXw5FV5q7WfZsuoXqUsLnd2PsEsTmoO1Vapfk8iXFZ_iflAWemA=s0-d)
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan sokongannya kepada perhimpunan BERSIH.
Bagaimanapun Dr Mahathir dilaporkan berkata mungkin tidak dapat hadir BERSIH5 Sabtu ini, kerana pada tarikh itu beliau dijadual berada di luar negara.
Dan juga buat pertama kalinya juga, seorang Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mahu hadir.
Kehadiran kedua-dua mantan pemimpin utama Umno-BN adalah simbol kemenangan moral kepada para pejuang reformasi dan demokrasi yang sudah sekian lama dihambat polis, dipukul dengan cota, disimbah air asid, ditangkap dan ribuan yang pernah didakwa.
Pengajaran mudah yang perlu segera diambil oleh seluruh kepimpinan Umno-BN yang masih totok menjadi Umno-BN ialah agar tidak terlalu sombong dan angkuh ketika berkuasa.
Manalah tahu nanti ketika mereka tersingkir daripada koridor kuasa yang rapuh itu kelak, mereka akan kembali kepada rakyat.
Mereka pula akan segera diberi peluang dan disambut dengan hormat untuk bersama gerakan dan perhimpunan BERSIH yang satu waktu dahulu tidak disukai.
Di sini jualah kita melihat betapa baik, lemah-lembut dan berbesar hatinya untuk menyediakan ruang, pentas dan keadilan kepada semua mantan pemimpin Umno-BN itu.
Persoalan peribadi memang bukan matlamat BERSIH 1, 2,3,4,5,6,7,8,9,10...

Itulah kekuatan BERSIH apabila gerakan baju kuning ini berjaya menjadikan dirinya benar-benar sebagai gerakan rakyat, yang menghimpunkan rakyat, dari rakyat dan untuk rakyat.
Tidak lebih dari itu.
Putrajaya berpeluh dahi
Tidak kurang juga daripada untuk kali ini menuntut lima perkara iaitu; pilihan raya yang bebas dan adil, kerajaan yang bersih, hak membantah, mempertahankan demokrasi berparlimen dan memperkukuh federalisme iaitu hubungan Sabah dan Sarawak sebagai tuntutan yang penting untuk masa depan Malaysia.
![](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_sGRkBGG2J_ZqqK0BG2EqdEpU-tf6IvNBICMuZe1Ep1PURb4Vnd7DFo9KcIYfrKSmGibi1N6MEi-kmkoJpOWLX3vI31zw1sCnxTQXZ2wqfMRuT6NWxHf4Zk414XRAlsR_iY52mt=s0-d)
Namun, pemimpin di atas tidak akan pernah sesungguh sedar dan tahu bagaimana rakyat setiap hari berpeluh dengan beban GST, kos kehidupan yang menyiksa hidup sehinggalah kepada skandal 1MDB yang menjejaskan masa depan negara.
Oleh itu, rakyat tentu lebih maklum mengapa mereka perlu turun menyertai BERSIH5, berbanding mana-mana sang pemimpin Umno-BN yang sedang memikirkan untuk bercuti hujung tahun ke luar negara.
Keduanya boleh menggunakan duit sendiri.
Tidak lebih dari itu.
Putrajaya berpeluh dahi
Tidak kurang juga daripada untuk kali ini menuntut lima perkara iaitu; pilihan raya yang bebas dan adil, kerajaan yang bersih, hak membantah, mempertahankan demokrasi berparlimen dan memperkukuh federalisme iaitu hubungan Sabah dan Sarawak sebagai tuntutan yang penting untuk masa depan Malaysia.
Namun, pemimpin di atas tidak akan pernah sesungguh sedar dan tahu bagaimana rakyat setiap hari berpeluh dengan beban GST, kos kehidupan yang menyiksa hidup sehinggalah kepada skandal 1MDB yang menjejaskan masa depan negara.
Oleh itu, rakyat tentu lebih maklum mengapa mereka perlu turun menyertai BERSIH5, berbanding mana-mana sang pemimpin Umno-BN yang sedang memikirkan untuk bercuti hujung tahun ke luar negara.
Keduanya boleh menggunakan duit sendiri.
Boleh!
Tapi antara menggunakan duit sendiri untuk membela nasib dan masa depan negara adalah berbeza dengan yang hidup bersenang-lenang ketika negara dirundung malang.
No comments: