» » » Subsidi minyak masak dijangka dipotong oleh Najib Razak dan dijangka harganya akan melambung tinggi


Harga beberapa kategori minyak masak akan meningkat bermula November 2016 , kata akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily yang memetik Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya.

Menurut laporan itu, kenaikan berkenaan berikutan pemansuhan subsidi minyak masak.

Kategori minyak masak yang terjejas itu termasuk 500g, 1 kg, 2 kg, 3 kg dan 5 kg produk minyak campuran serta 500g, 1kg, 2kg dan 3kg produk minyak sawit tulen.

Ia juga menyebut, minyak sawit tulen dalam botol 5 kg akan terus disubsidi sehingga tahun depan.

Menurut laporan itu, sebungkus minyak masak yang seberat satu kilogram dijangka meningkat daripada RM2.50 kepada RM2.90 menjelang bulan depan, manakala botol minyak sawit tulen 5 kg akan naik daripada RM13.35 kepada RM15.25 menjelang Januari 2017.

Maklumat lanjut dijangka akan diumumkan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 Jumaat ini.

Laporan Oriental Daily juga mendakwa ramai peniaga makanan mula menyimpan minyak masak menjelang pengumuman Bajet 2017.

Putrajaya melaksanakan "pelan rasionalisasi subsidi" secara agresif sejak Najib mengambil alih teraju pemerintahan negara pada awal tahun 2009.

Berikutan ini, Putrajaya telah mengurangkan subsidi untuk minyak, bayaran tol lebuh raya dan memansuhkan subsidi gula.

Berita muncul tahun lalu bahawa Putrajaya bercadang menghapuskan dana RM950 juta skim penstabilan harga minyak masak yang disalurkan menerusi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .