» » » SPRM digesa penglibatan orang politik peringkat tertinggi dalam skandal rasuah Sabah yang bernilai berbilion ringgit


Bekas ahli panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang tidak menolak kemungkinan ada orang politik pada peringkat tinggi di sebalik dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di Sabah yang ditahan dalam operasi rasuah terbesar di negara ini.

Menurutnya, adalah sukar untuk mempercayai bahawa kedua-dua mereka, pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah itu sendiri berjaya menyelewengkan jutaan ringgit.

"Mereka cuma pegawai biasa. Oleh itu, kita cenderung untuk mengandaikan kedua-dua mereka ini bertindak bagi pihak ahli politik tertentu, kerana tiada siapa yang sedia menawarkan jumlah sebegitu besar kepada pegawai biasa.

"Biasanya hanya ahli-ahli politik atau mungkin menteri yang mempunyai peluang dan kuasa untuk meluluskan sebarang bentuk permohonan di dalam negeri," kata Phang dalam satu kenyataan hari ini.

Kedua-dua pegawai itu adalah antara empat suspek yang ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa yang melibatkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.

Menurut SPRM lebih RM114.5 juta dirampas hasil serbuan di pejabat dan rumah suspek.

Sambil mengucapkan tahniah kepada SPRM berhubung kejayaan rampasan itu, Phang mahu mereka meluaskan siasatan kes itu kepada ahli politik Sabah.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .