» » » Sengaja rompak bank supaya ditangkap semula kerana merasakan tidak selamat berada di luar


Seorang banduan pondan yang merompak bank beberapa bulan lalu supaya boleh dihantar semula ke jel, dihukum penjara enam tahun semalam.

Linda Patricia Thompson, atau nama asalnya Brian Thompson, berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun tetapi diberi hukuman lebih singkat mengikut garis panduan hukuman persekutuan kerana dia mengaku salah dan mahu bertanggungjawab atas perbuatannya, kata peguamnya, David Weiss.

Thompson, 59, mengaku salah Ogos lalu atas tuduhan merompak bank, kata jurucakap Pendakwa Negeri, John Powell.

Menurut waran tangkap Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Thompson memasuki cawangan Bank US di Cheyenne pada 27 Julai lalu dan menyerahkan nota kepada juruwang yang ditulis di atas kadbod berbunyi: “Saya ada pistol. Serahkan semua wang anda.”


Juruwang berkenaan menyerahkan lebih AS$16,300 (RM69,000) kepada Thompson yang membawa wang itu keluar, menyerahkan sebahagiannya kepada orang awam, mencampakkan selebihnya ke udara sebelum duduk di atas baldi yang diterbalikkan sementara menunggu ditahan polis, kata FBI.

Thompson dengan sengaja merancang rompakan itu supaya dapat kembali ke dalam penjara kerana lebih selamat berbanding di luar.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .