» » » Remaja putus tangan ditetak dalam kejadian samun


Seorang remaja lelaki putus tangan kanan akibat ditetak dalam kejadian samun di hadapan stesen minyak di Bandar Baru Air Itam, di George Town awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata remaja berusia 18 tahun itu disamun ketika berjalan pulang bersama seorang rakan selepas membeli barang di kedai serbaneka 24 jam kira-kira pukul 5 pagi.

"Seorang lelaki bersenjata parang menetak kaki remaja itu dan mangsa dapat melarikan diri tetapi terjatuh sebelum suspek menetak tangan kanan remaja itu hingga putus dan mengambil cincin emas," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata rakan mangsa berusia 20 tahun cuba membantunya tetapi diugut akan dicederakan jika masuk campur.

Suspek melarikan diri dengan kereta Proton Perdana manakala remaja berkenaan dirawat di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilapor stabil.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .