» » » Remaja 15 tahun hilang


Remaja perempuan, Nurul Wafiqah Mohd Haidzer, 15, dilaporkan hilang selepas selesai sesi persekolahan di Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih di sini, sejak Selasa lalu.

Abang remaja itu, Muhammad Wahiduddin, 20, berkata, anak bongsu daripada enam beradik berkenaan sepatutnya pulang ke asrama sekolah terbabit, kira-kira jam 3.30 petang.

"Namun, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia dilihat keluar bersama pelajar lain di pintu utama sekolah itu dan menghilangkan diri sehingga kini.

"Kami sekeluarga sudah bertanyakan kepada rakan-rakanya dan saudara mara terdekat namun masih gagal mengesannya," katanya ketika dihubungi Harian Metro, sebentar tadi.

Menurutnya, keluarga amat bimbang akan keselamatan Nurul Wafiqah dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi 019-6119268, 019-3465643 atau 018-3997411.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .