» » » Negara yang dipenuhi rasuah sebenarnya negara yang tiada hak asasi manusia


Hak asasi manusia tidak boleh subur jika rasuah diterima menjadi sebahagian daripada landskap negara, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.

Suruhanjaya itu berkata demikian ketika mengulas penangkapan beberapa pegawai kanan Jabatan Air Sabah atas dakwaan menyeleweng jutaan ringgit daripada dana persekutuan yang diperuntukkan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat negeri itu.

"Rasuah memusnahkan masyarakat dan institusi negara. Suhakam risau bahawa kejadian itu berlaku. Ini memberi gambaran bahawa terdapat persekitaran yang membolehkan ia berlaku.

"Oleh itu, mesti wujud mandat institusi yang jelas bagi meletakkan akauntabiliti ke dalam sistem tadbir urus air," kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail.

Suruhanjaya itu turut memuji tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tepat pada masanya kerana tangkapan itu bukan sahaja memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap usaha anti-rasuah, tetapi membantu meningkatkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai.

Suhakam menegaskan bahawa memerangi rasuah adalah teras daripada matlamat pembangunan lestari (SDG) dan meletakkan akauntabiliti hak asasi manusia sebagai paksi SDG adalah penting dalam memastikan bahawa komitmen Malaysia pada peringkat antarabangsa ditunaikan.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .