» » » Johor bukan lagi kubu kuat UMNO


Penyertaan ADUN Jorak Datuk Dr Shahruddin Md Salleh ke kem pembangkang dengan sendirinya menghakis imej Johor sebagai "tiang seri Umno".

Ketua Pembangkang DUN Johor Gan Peck Cheng berkata tindakan Shahruddin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak sekadar menghilangkan penguasaan majoriti dua pertiga BN di negeri berkenaan.

"Slogan Johor Tiang Seri Umno kini telah terhakis dengan sendirinya.

"Saya percaya perkembangan terbaru ini akan menjadi titik permulaan penting untuk perubahan politik Johor dan juga Malaysia," katanya (gambar).

Semalam Malaysiakini melaporkan BERSATU mengumumkan pelantikan tiga individu mengisi jawatan penting parti itu.

Serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini mengumumkan pelantikan tiga pegawaitertinggi parti itu.

Shahruddin yang mendapat pendidikan di University of Bradford di United Kingdom dilantik sebagai setiausaha agung BERSATU, manakala bekas ADUN Semerak di Kelantan, Kamarudin Md Nor menjadi ketua penerangan.

Seorang akauntan bertauliah lulusan universiti di Ireland Datuk Mohamed Salleh Bajuri pula dipilih sebagai sebagai bendahari agung.

Shahruddin adalah naib ketua Umno Pagoh sehinggalah beliau mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti itu pada 4 Julai lalu.

Bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini pada hari berkenaan beliau menyatakan masih menjadi ahli Umno.

Sepuluh lagi bagi bentuk kerajaan

Penyertaan Shahruddin sebagai wakil pembangkang secara langsung menyebabkan BN Johor hilang penguasaan majoriti dua pertiga di DUN berkenaan.

Gan berkata penyertaan Shahruddin ke kem pembangkang akan mengukuhkan lagi kerjasama antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) di Johor.

Katanya pengalaman dan pengetahuan cukup luas Shahruddin dalam pentadbiran kerajaan amat berguna untuk barisan pembangkang menawan dan mentadbir Johor pada masa depan.

"Penghijrahan ini membuktikan Shahruddin beriltizam terhadap nilai integriti, akauntabaliti dan keadilan dalam pentadbiran kerajaan.

"Beliau berani menyatakan kebenaran berbanding selesa bersengkongkol dengan pemimpin elit Umno yang korup dan penuh dengan skandal memalukan.

"Inilah mesej beliau kepada rakyat Bangsa Johor," katanya.

Mengulas isu yang sama, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, perkembangan terbaru ini telah memecahkan halangan psikologi.

Menurutnya, untuk membentuk kerajaan di negeri Johor, pembangkang akan memerlukan sepuluh kerusi sahaja lagi untuk mencukupkan 29 kerusi.

“Tidak syak lagi bahawa Johor sudah bukan kubu BN seperti dahulu,” katanya, dalam satu kenyataan.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi, dengan 18 daripadanya dikuasai pembangkang dan 13 daripadanya adalah milik DAP.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .