» » » Hampir 10 ribu jawatan sektor awam perlu diisi oleh OKU menjelang 2020


Hampir 10,000 jawatan dalam sektor awam perlu diisi golongan orang kurang upaya (OKU) menjelang 2020.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 meliputi tempoh lima tahun bermula tahun ini, telah menetapkan sasaran satu peratus golongan OKU dalam sektor awam yang melibatkan 16,000 jawatan daripada 1.6 juta penjawat awam.

Menurut beliau, daripada 16,000 jawatan itu, hanya 13,000 jawatan sesuai diisi golongan OKU kerana selebihnya merupakan jawatan yang mempunyai keperluan spesifik seperti polis dan tentera.

"Pada masa ini, lebih 3,000 jawatan sektor awam telah diisi OKU dan kita akan berjumpa pelbagai pihak bagi memastikan kuota selebihnya itu diisi sepenuhnya golongan OKU," katanya pada sidang berita di sini, hari ini.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .