» » » Gesa Najib Razak potong peruntukan untuk JPM dalam Bajet 2017 dan beri tumpuan kepada pendidikan dan kesihatan


Beberapa pemimpin pembangkang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengurangkan peruntukan dana kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang secara purata sejak tiga tahun lalu mendapat purata kira-kira RM7 bilion setahun.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, peruntukan itu perlu dikurangkan dalam Bajet 2017 bagi mengelakkan potongan ke atas sektor lain seperti kesihatan, pendidikan dan kebajikan.

"Berbanding dengan kebanyakan item bajet lain, ini peruntukan pembangunan mengikut budi bicara hanya mempunyai butiran terhad tentang tujuan sebenarnya.

"Dalam Bajet 2016, RM3 bilion diperuntukkan untuk dana seumpaam itu dan kita tidak tahu apa untuk apa ia digunakan. Ini adalah gila," kata Liew.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama dengan Pengarah Strategi AMANAH, Dzulkefly Ahmad di Kuala Lumpur hari ini.

Liew berkata dana berkenaan diletakkan di bawah bajet Jabatan Perdana Menteri dan meningkat begitu ketara setiap tahun di bawah pentadbiran Najib.

Menurutnya, pada tahun 2007 semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, wang yang diperuntukan adalah RM1.1 juta.

Ini meningkat kepada RM80 juta pada tahun 2008, dan kemudian melonjak kepada RM631.5 juta pada tahun 2009, apabila Najib mengambil alih jawatan.

Dana itu menjadi berbilion-bilion ringgit bermula 2011, dengan peruntukan RM2.88 bilion dan yang tertinggi setakat ini adalah pada 2015 dengan peruntukan RM7.16 bilion.

Jumlah berkenaan mengurangkan sedikit kepada RM6.16 bilion untuk bajet 2016.

Liew berkata pemotongan yang dicadangkan itu dibuat ketika ekonomi lembab manakala tambahan cukai lagi bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan orang ramai, tetapi juga membendung perbelanjaan domestik, yang akan merencatkan lagi ekonomi.

Beliau berkata meminjam lebih banyak dana akan hanya membebankan hutang awam yang sudah begitu besar.

Sementara itu, Dzulkefly berkata, walaupun tahun depan mungkin adalah tahun pilihan raya, kerajaan tidak mampu untuk menjadi populis.

"Dengan hasil semakin berkurangan, dan kemelut hutang 1MDB, Najib perlu lebih berhati-hati dari segi kewangan," katanya.

Liew berharap kerajaan akan mengambil kira cadangan mereka sebelum Bajet 2017 dibentangkan pada 21 Oktober ini.

"Masih ada masa untuk mengubahnya," katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .