» » » Ditahan muat naik gambar lucah budak ke internet


Polis menahan lelaki di Jinjang Utara, di sini, hari ini, selepas disyaki memuatnaik gambar lucah kanak-kanak di Internet.

Tangkapan dilakukan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, 9.50 pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, serbuan dilakukan di rumah yang didiami suspek berusia 20 tahun itu selepas siasatan.

"Kami mendapat maklumat daripada polis Taiwan berkaitan eksploitasi kanak-kanak di laman sosial dan berdasarkan IP Adress, didapati ia dimuatnaik di Malaysia.

"Polis merampas telefon bimbit, komputer riba, modem, CPU dan pasport untuk siasatan lanjut," katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .