» » » Datin Seri mengaku tak salah atas pertuduhan penggubahan wang haram


Datin Seri berusia 41 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 49(1) Akta Penggubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini, hari ini.

Tertuduh, Datin Seri Sua Lai Kim, 41, minta dibicarakan selepas mendengar pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Tertuduh didakwa gagal memberikan pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar berkenaan harta-harta yang diperolehi antara 1 Januari 2010 hingga 30 April 2015.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ashikin Mokhtar memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM50,000 ke atas tertuduh termasuk passportnya diserahkan kepada mahkamah.

Peguambela tertuduh, Datuk Jagjit Singh Bant Singh memohon mahkamah mengurangkan ikat jamin kepada RM5,000 dan membenarkan anak guamnya memiliki passport antarabangsanya.

Norhayati membenarkan ikat jamin RM20,000 ke atas tertuduh dengan dua penjamin warga tempatan dan passportnya tidak perlu diserahkan kepada mahkamah.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .