PAS mencadangkan cukai ke atas keuntungan yang dibuat hasil saham yang diperdagangkan di Bursa Saham Malaysia dan simpanan syarikat serta korporat bagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Parti itu mendakwa dengan pelaksanaan cukai berkenaan akan membawa anggaran hasil sebanyak RM51.5 bilion, yang jauh lebih tinggi daripada GST.
Ia membuat cadangan ini dalam Dokumen Hijau, sebuah dokumen yang memperincikan cadangan penyelesaian parti itu berhubung isu ekonomi yang disebabkan oleh GST, penurunan nilai mata wang dan kenaikan kos sara hidup.
PAS berhujah sementara GST mencukai golongan miskin, cukai ke atas simpanan korporat dan dagangan saham akan menjadikan golongan kaya sebagai sasaran.
Dengan itu, katanya, cukai diambil daripada lebihan orang kaya untuk diagihkan kepada golongan miskin.
“Wang ini adalah milik golongan kaya yang bersifat lebihan. Manakala dari segi konsep pengaliran wang, ia perlu dialirkan ke bawah, khususnya golongan miskin untuk meningkatkan kuasa mereka seterusnya membantu pertumbuhan negara dari segi meningkatkan kuasa permintaan.
“Malangnya, pada hari ini, simpanan-simpanan tersebut lazimnya hanya dilaburkan di syarikat-syarikat yang dimiliki oleh golongan kaya.”
No comments: