» » » Business smartphone merosot 40 peratus di Malaysia angkara GST


Tinjauan Pertubuhan Peniaga Telekomunikasi Malaysia (PPTM) mendapati jualan telefon bimbit dan gajet merosot 30 hingga 40% dari tahun ke tahun secara purata, sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015.

Timbalan Pengerusi PPTM, Chow Kam Choong yang dipetik Nanyang Siang Pau berkata, Negeri Sembilan dan Terengganu mengalami kejatuhan sehingga 50%.

Keadaan di negeri yang tiada sokongan industri pelancongan seperti Perlis dan Perak lebih teruk, kerana tiada kuasa pembelian dari luar dan peniaga terpaksa bergantung sepenuhnya terhadap permintaan domestik.

Beliau berkata, tinjauan itu dilakukan ke atas ahlinya di seluruh negara secara lisan atau melalui Facebook.

Katanya, keadaan di bandar pesat membangun dan mempunyai industri pelancongan matang juga tidak jauh berbeza, kerana peniaga perlu berdepan masalah kos terlalu tinggi yang menyebabkan ada di kalangan mereka terpaksa memberhentikan pekerja atau menamatkan perniagaan.

Chow berkata, pihaknya tidak mempunyai statistik sebenar ketika ini, kerana sedang mengumpul statistik bagi mengenal pasti jumlah peniaga yang terpaksa menamatkan operasi akibat pelaksanaan GST, kelembapan ekonomi dan kuasa pembelian pengguna yang merosot.

Beliau berkata, peratusan itu adalah hasil dialog dengan peniaga yang turut dipersetujui mereka.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .