» » » 'Berapa banyak akaun bank rahsia dan jumlah duit yang Najib Razak telah curi sebenarnya?'


Seorang pemimpin DAP tertanya-tanya jumlah akaun bank yang dimiliki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan jumlah wang di dalam akaun-akaun berkenaan.

Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai membangkitkan soalan ini berikutan laporan terbaru Sarawak Reportyang mendakwa RM3.4 juta dalam bentuk tunai dimasukkan ke dalam akaun Najib pada awal tahun 2015.

Tan berkata jumlah sebenar kekayaan Najib masih tidak diketahui, dan menyamakannya dengan kes rasuah Jabatan Air Sabah, di mana jumlah sebenar yang terbabit terus meningkat.

"Berapa banyak tidak didedahkan oleh Sarawak Report? Berapa banyak duit Najib tidak diketahui? Najib perlu beri penjelasan (kepada rakyat)," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Tan berkata siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam ‘Ops Air’ di Sabah hanya menyaksikan penjawat awam peringkat pertengahan ditangkap.

"PM, ahli-ahli kabinet, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri, exco kerajaan negeri - adakah semua mereka 'bersih'. Ini persoalan paling besar," katanya.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang turut hadir, bersetuju.

Beliau mendakwa SPRM hanya mensasarkan "ikan kecil", tetapi membebaskan "ikan besar".

Nurul berkata SPRM perlu segera menyiasat dakwaan Sarawak Report jika suruhanjaya itu sememangnya bebas, amanah dan bertanggungjawab.

Dalam dakwaan terbaru, portal pendedah maklumat, Sarawak Report melaporkan bahawa wang tunai berjumlah RM3.4 juta disalurkan ke dalam dua akaun Ambank yang dimiliki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Februari dan Mac, 2015.

Memetik kebocoran maklumat siasatan, ia mendakwa akaun berkenaan diuruskan oleh bekas Pengarah Urusan, SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil.

Nik Faisal adalah penandatangan untuk akaun berkenaan, dakwa Sarawak Report dalam e-mel.

Sebelum ini, adalah dilaporkan bahawa urusniaga SRC ke akaun perdana menteri dianggarkan berjumlah RM74 juta.

Najib berulang kali menafikan beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Editor, Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown yang berpangkalan di London dituduh sebagai sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, tetapi beliau menafikannya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .