» » » Bayaran tol mungkin akan dinaikkan pada tahun 2017 kerana kerajaan tidak umumkan peruntukan bagi pampasan konsesi tol dalam Bajet 2017


Ketiadaan peruntukan bagi pampasan konsesi tol dalam Bajet 2017 yang dibentangkan perdana menteri semalam menunjukkan satu perkara - kemungkinan kenaikan tol pada tahun 2017.

"Saya percaya kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak membayar pampasan syarikat konsesi dan kadar tol akan naik.

"Saya tidak tahu yang mana syarikat konsesi lebuh raya akan menaikkan kadar tol mereka pada tahun 2017, tetapi kita tahu Menteri Kerja Raya Fadilah Yusof berkata kerajaan sedang berunding dengan beberapa syarikat konsesi lebuh raya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus)," kata Ahli Parlimen Bayan Baru (PKR) Sim Tze Tzin.

Kemungkinan kenaikan kadar tol pada tahun 2017 tidak disebut dalam ucapan belanjawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Peruntukan untuk subsidi minyak masak juga hilang dalam laporan anggaran perbelanjaan persekutuan, walaupun kerajaan memberi jaminan bahawa subsidi minyak akan kekal.

Apa lagi yang PM sembunyikan atau tidak disebut dalam ucapannya semalam?


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .