» » » Afidavit pembantu Najib timbulkan persoalan dalam semakan pembebasan Anwar Ibrahim


Afidavit oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dan kelakuan Pendakwa Raya yang dilantik khusus - menyokong hujah Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai wujudnya konspirasi politik terhadapnya.

Peguam kanan Datuk Gopal Sri Ram berkata kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri 15 minit selepas hukuman bersalah dijatuhkan pada 15 Februari 2015 berserta dengan siri jelajah yang dihadiri oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menunjukkan Umno adalah tangan tersembunyi di sebalik kes ini.

Ingat, kata peguam itu, pengadu liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan pernah berjumpa dengan Najib yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

"Tengku Sarifuddin mengesahkan afidavit yang mengatakan mereka telah menyediakan dua kenyataan akhbar untuk dua kemungkinan dalam keputusan itu. Tetapi di mana kenyataan yang lain itu?

"Mengapa perlu tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan, banyak lagi kes-kes lain mahkamah yang tidak ada kenyataan dibuat. Kenyataan itu dikeluarkan sebelum hukuman dijatuhkan," katanya merujuk kepada keputusan tahun lalu.

Tambahan pula, Sri Ram berkata, siri jelajah yang dianjurkan oleh Pemuda Umno menunjukkan pembabitan parti pemerintah itu.

"DPP (timbalan pendakwa raya) di Jabatan Peguam Negara adalah profesional dan mereka tidak akan hadir dalam siri jelajah, tetapi dalam kes ini, DPP yang dilantik itu berbuat demikian selepas penghakiman dan hukuman dijatuhkan."

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .