» » » 615 pelajar sekolah di Perak mengandung sepanjang tahun 2015


Sebanyak 787 kes kehamilan dalam kalangan remaja direkodkan di Perak sepanjang tahun lalu, dengan 615 daripada membabitkan pelajar sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Datuk Dr Mah Hang Soon berkata jumlah itu menurun berbanding 892 kes pada 2014.

Walaupun kes itu menurun, katanya perkara itu terutama membabitkan pelajar sekolah tidak boleh dipandang ringan dan usaha perlu dilakukan termasuk memberi advokasi pendidikan kepada remaja.

"Sebanyak 30,607 kes antenatal (kehamilan) direkodkan di seluruh Perak sepanjang tahun lalu, dengan 2.6 peratus membabitkan remaja.

"Ada antara remaja hamil ini mangsa rogol dan bukan atas kehendak mereka, maka kita berusaha membantu dan menyelesaikan masalah ini," katanya di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mah berkata sebanyak tiga kes pembuangan bayi direkodkan bagi tempoh Januari hingga September lalu, berbanding lima kes sepanjang 2015.

Selain itu, katanya 'Baby Hatch' yang disediakan hospital swasta sejak 2010 juga menerima tujuh orang bayi.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .