» » Wanita didakwa perdagangkan anak perempuan bawah umur untuk tujuan seks


Seorang pembantu rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini atas tuduhan memperdagangkan anak perempuannya bagi eksploitasi seks di sebuah hotel, Jalan Tebrau, September tahun lalu.

Lai Siew Jze, 47, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Ibu kepada tiga anak itu, dituduh memperdagangkan anak bongsunya yang berusia 13 tahun bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah bilik di hotel Jalan Tebrau, pada 9 pagi, 20 Sept 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang dari tiga tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga didenda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Safiah Abdul Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Safiah memohon agar jaminan tidak dibenarkan kepada tertuduh memandangkan ia adalah kesalahan yang serius dan melibatkan seorang kanak-kanak yang juga anak kandungnya.

Menurutnya, jika dibenarkan jaminan, tertuduh boleh menggunakan pengaruhnya sebagai penjaga untuk mempengaruhi kes.

Lai kemudiannya memohon agar dibenarkan jamin atas alasan perlu kembali bekerja di Australia sebagai pembantu rumah untuk menampung keluarganya kerana suami tidak bekerja dan anak-anaknya masih belajar.

Kamarudin kemudiannya mengarahkan tertuduh tidak dijamin dan menetapkan 9 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .