» » Undang-undang kredit pengguna akan diperkenalkan


Undang-undang kredit pengguna akan diperkenalkan untuk melindungi perniagaan dan isi rumah yang berurusan dengan pengantara kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim.

Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata, bank pusat sedang bekerjasama dengan kerajaan dalam membentuk undang-undang berkenaan.

"Pengantara kewangan bukan institusi kewangan berlesen," katanya kepada peserta Persidangan Kewangan Masa Depan 2016 yang berlangsung sehari di ibunegara hari ini.

Beliau berkata aspek yang sewajarnya turut dipertimbangkan untuk memacu dan menyokong pembangunan syarikat pembiayaan alternatif bagi memenuhi keperluan pembiayaan perniagaan kecil.

Muhammad berkata sektor kewangan terus memainkan peranan perantara dalam membiayai ekonomi, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Setakat Julai, sistem perbankan mengeluarkan pembiayaan sebanyak RM533 bilion untuk perniagaan dan PKS, berkembang pada kadar tahunan purata 9.9 peratus antara 2011 dan 2015.

Institusi bank kekal sebagai pemberi pinjaman wang terbesar kepada PKS dan prestasi itu dijangka kekal dengan disokong kadar kelulusan pembiayaan yang tinggi iaitu hampir 80 peratus, katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .