» » Pegawai Polis beristeri dua dan punyai 7 anak ditahan dipercayai rogol anak kembar sendiri


Seorang penjawat awam berpangkat pegawai kanan polis bakal berhadapan hukuman penjara sebatan serta denda selepas ditahan polis kerana didakwa merogol dan mencabul dua anak kembarnya di rumah mereka di Tenom, Jumaat lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata , suspek berumur 43 tahun itu ditahan di rumahnya untuk disiasat mengikut seksyen 376(3), 377C dan 377CA dan 354 Kanun Keseksaan.

Katanya suspek disiasat mengikut seksyen yang dinyatakan berikutan melakukan kesalahan sumbang mahram, melakukan kesalahan persetubuhan bertentangan dengan aturan luar tabii tanpa kerelaaan dan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat untuk mencabul kehormatan.

Menurutnya siasatan awal polis juga mendapati suspek bertindak mencabul dua anak perempuan kembarnya berumur 14 tahun sejak berumur 7 tahun dan merogol mangsa dalam dua kejadian berasingan.

"Kejadian pertama dilaporkan di rumah mereka di Tenom apabila suspek merogol mangsa dan mencabul adik kembarnya semasa ibu mangsa berada di tingkat atas rumah dan tidak mengetahui kejadian kira-kita 12 malam penghujung Julai lalu.

"Mangsa bagaimanapun bertindak memberitahu ibunya selepas suspek mencabul mangsa dan melakukan perbuataan di luar Tabii di rumah yang sama pada 26 Ogos 2016 yang lalu.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .