» » » Mungkin "Hantu" yang mencuri enjin jet F5 TUDM kerana tertuduh untuk kes ini telah dibebaskan


Seorang pemandu peribadi dan pengarah syarikat masing-masing dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini atas kesemua tuduhan mencuri dan melupuskan enjin pesawat F5 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta pengubahan wang haram pada Disember 2007.

Tertuduh, N Thamendran , 48, dan K Rajandran Prasad, 44, dilepas dan dibebaskan pada akhir pendakwaan tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap kedua-dua tertuduh bagi kesemua pertuduhan.


Aslam berkata, keputusan itu ditetapkan selepas mengambil kira kenyataan saksi dan meneliti pelbagai sudut yang sudah ditentukan.

Thamendran dan Rajandran Prasad hadir ke mahkamah diiringi ahli keluarga termasuk peguam bela masing-masing iaitu Rajpal Singh dan Gobind Singh Deo.

Seramai 54 saksi dipanggil memberi keterangan kes berkenaan sejak tarikh perbicaaan bermula 22 Julai 2011.


Thamendran yang juga bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Rajandran Prasad menghadapi pertuduhan bersubahat mencuri dan melupuskan dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 milik TUDM di Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi sekitar Disember 2007.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .