» » 'Manalah saya tahu masa tu PM yang saya lantik akan merompak duit rakyat Malaysia ?'


“Apa yang kita perlu buat?” soal seorang pelajar prihatin dalam pertemuan di London pada Rabu malam.

“Apa yang kita perlu buat ialah pastikan pembangkang kuat – kita cuba rekrut anggota baru – kita sasar sejuta anggota.

“Jika orang ramai mahu bantu kita tumbangkan kerajaan, tolong bersama kita.”

Wow, ini panas!

Kenyataan ini bukan dibuat oleh ahli politik biasa di Malaysia.

Ia sebaliknya dilontarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri keempat dan paling lama berkhidmat dalam sejarah Malaysia. Beliau bercakap pada 21 September lalu di Dewan Senat, Universiti London.

Acara itu diunjurkan oleh Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas).

Sepanjang ucapan, Mahathir menggunakan istilah “kita” apabila merujuk kepada pembangkang.

Ditanya tentang pemimpin pembangkang yang sedang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalannya yang bertukar musuh, Mahathir berkata kita terdapat “persamaan antara beliau dan saya”.

Persamaan itu dilihat dalam usaha menjatuhkan perdana menteri sekarang.

Beliau memberitahu hadirin:

“Ramai orang hidup dalam ketakutan. Kamu boleh ditangkap di mana-mana tanpa waran. Kalau lapor polis, peguam kamu pula nanti kena tangkap.

“Saya sudah disoal siasat empat kali. Kalau kamu nak soal saya, dakwalah saya (di mahkamah).”

Bagi sesetengah pihak, kenyataan Mahathir yang senada dengan bekas musuh politiknya itu sungguh ironi.

Tetapi politik adalah politik, musuh semalam boleh jadi sekutu hari ini.

Walaupun Mahathir kini bercakap soal keperluan reformasi di tengah-tegah masalah negara, beliau tidak menyimpulkan kesilapannya di masa lalu.

Ditanya sama ada beliau menjadi punca terhadap isu-isu negara pada hari ini, Mahathir pantas menjawab, dalam senyuman.

“Orang selalu tuduh saya buat salah tetapi tiada bukti.”

Ditanya sama ada beliau berhenti menjadi perdana menteri terlalu awal, katanya beliau telah memilih dua perdana menteri, tetapi ia mengecewakan.

“Seorang Mr Clean sebelum dia jadi PM,” katanya merujuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Dan kedua anak seorang perdana menteri yang rajin.

“(Tetapi) macam mana saya nak tahu PM itu akan mencuri?” soalnya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .