» » Lelaki mati ditembak jarak dekat di Tumpat Kelantan


Seorang lelaki dipercayai mati ditembak ditemui di Hospital Kelaboran, malam tadi sekitar pukul 11 malam. 

Menurut seorang saksi yang enggan mendedahkan identitinya, mangsa berasal dari Kampung Bendang Pak Yong dikenali sebagai Mohd Redzuan Mohamad mengalami kecederaan di kepala dan tangan dipercayai ditembak dari jarak dekat.

Sebutir peluru turut dikatakan menembusi belakang kepala mangsa manakala tangan kanan mangsa mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Abdul Rahman Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan akan mengadakan sidang media hari ini.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .