» » Lelaki jatuh dari tingkat 8 ketika masuk dalam lif yang "berlubang" di Taman Wahyu Kuala Lumpur


Selepas pintu lif dibuka, mangsa seperti biasa masuk ke dalam lif, tanpa disedari dalamnya adalah kosong, akhirnya terjatuh terus dari tingkat lapan terus ke tingkat terbawah sekali.

Mangsa tersebut cedera parah, dan telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba yang dihubungi jirannya dan mangsa telah dihantar ke hospital. Setakat ini, mangsa dikatakan masih dalam keadaan bahaya.

Mangsa, Mohd Raif berumur 44 tahun, seperti biasa mangsa mengambil lif apabila keluar dari rumah, tanpa diduga berlaku kerosakan lif, namun sejurus kemudian pintu lif terbuka, mangsa pun memasuki lif tetapi tidak sedar gerabak lif tidak sampai serentak, maka terus jatuh dari tingkat lapan. 


Kemalangan tersebut berlaku di Blok B, Pangsapuri Rakyat, Taman Wahyu, Kuala Lumpur, mangsa berjaya diselamatkan berikutan bunyi kesakitan yang dikeluarkan oleh mangsa didengari jiran dan segera menghubungi pasukan bomba.

Ketika proses menyelamatnya, mangsa masih dalam keadaan hidup lagi, cuma tidak dapat bersuara, kini mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .