Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji, ditetapkan pada 11 Sept (Ahad) dan Aidiladha disambut pada hari Isnin .
Tarikh itu ditetapkan selepas kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan tarikh 1 Zulhijah 1437H adalah pada 3 Sept (Sabtu).
Hari Wukuf yang merupakan rukun haji, pada tahun ini akan menyaksikan perhimpunan kira-kira 2 juta jemaah, termasuk 22,320 jemaah dari Malaysia di padang Arafah untuk berdoa dan memohon keampunan Allah SWT.
Arafah terletak kira-kira 22 kilometer dari Makkah.
No comments: