» » Guru didakwa rangsang murid dalam bilik guru


Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan merangsang murid lelaki berumur 11 tahun untuk melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kamarul Azamin Mohamad, 37, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap murid itu di bilik guru di sebuah sekolah rendah di sini pada 9 pagi, 4 Mei 2016.

Bagi kesalahan kedua pula, dia didakwa melakukan kesalahan sama terhadap murid sama di bilik komputer sekolah itu pada 8.45 pagi, 6 Mei 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membenarkan guru itu diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu dia dilarang mendekati saksi sementara menunggu perbicaraan pada 2 November 2016 ini.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .