» » Gadis tinggal bersama kekasih untuk hisap dadah


Seorang remaja perempuan sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata mahu tinggal bersama kekasihnya di sebuah rumah kosong di Bakau Tua, Kepala Batas , Pulau Pinang , hampir seminggu lalu.

Remaja berusia 19 tahun itu bagaimanapun ditahan bersama kekasihnya berusia 29 tahun dalam serbuan dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), semalam.

Difahamkan pasangan ini menjadikan rumah itu sebagai tempat melepaskan gian untuk menghisap dadah.

Menurut sumber, gadis berkenaan datang ke negeri ini tanpa pengetahuan keluarga.

“Keluarga gadis ini menyangka dia datang bekerja di Langkawi dan singgah sebentar di negeri ini untuk bertemu dengan ibu saudaranya.

“Perkenalan mereka berdua dikatakan bermula daripada laman sosial sebelum terjebak dalam kegiatan penagihan dadah ini,” katanya.

Ketua Pegawai AADK Seberang Perai Utara, Mohd Said Hashim berkata, operasi dijalankan kira-kira jam 9 pagi semalam.

“Pasangan kekasih ini ditahan selepas AADK mendapat makluman daripada orang awam yang menyatakan rumah berkenaan dijadikan sarang penagihan dadah oleh pasangan ini sejak seminggu yang lalu,” katanya.

Katanya, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Menurutnya, pihak AADK Seberang Perai Utara menumpukan beberapa kawasan di sekitar Kepala Batas untuk membasmi kegiatan penyalahgunaan dadah ini.

“Antara yang menjadi lokasi tumpuan adalah di Bakau Tua dan beberapa kawasan di sini.

“Orang ramai juga dilihat positif dengan usaha yang dijalankan ini dan banyak memberi kerjasama kepada pihak AADK dalam membanteras gejala ini,” katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .