» » Duit rakyat M'sia yang dicuri dalam skandal 1MDB digunaakan untuk bina empayar kelab malam di Amerika?


Laman web Sarawak Report mendakwa dokumen dari British Virgin Island mungkin mengaitkan sebuah kelab malam di Las Vegas dengan dana 1MDB.

Dokumen yang diterbitkan oleh laman web luar pesisir pemantau pusat kewanganOffshore Alerts mengaitkan kelab malam dan rantaian restoran Hakkasan dengan Khadem al-Qubaisi.

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sebelum ini, mendakwa Khadem menerima dana AS$473 juta dari 1MDB, melalui akaun bank Edmond de Rothschild di Luxembourg di bawah nama Amanah Vasco.

CEO bank berkenaan, Marc Ambroisien dibidas kerana meluluskan urusan tersebut pada tahun 2015. Beliau kemudian meninggalkan bank itu pada April tahun yang sama.

Walau bagaimanapun, menurut dokumen BVI pada November 2015, yang diterbitkan olehSarawak Report, Ambroisien masih mengekalkan hubungannya dengan Khadem.

Dokumen, yang ditandatangani oleh Ambroisien, menunjukkan bahawa beliau adalah pengarah Dana Strategik Tasmeem, yang sebelum ini dikenali sebagai Dana Strategik Vasco.

Syarikat Tasmeem Real Estate adalah antara pemegang saham Hakkasan, menurut pemfailan pengawal selia UK, kata Sarawak Report dalam satu kenyataan yang dihantar melalui email.

Menurut, Sarawak Report, ini juga menunjukkan bahawa Khadem masih mempunyai kepentingan dalam Hakkasan, walaupun kononnya memutuskan hubungan selepas meletak jawatan sebagai pengerusi pada bulan April lalu.

"Jelas, Vasco dan Tasameem kekal dikaitkan dengan sumber hasil yang sama," kataSarawak Report.

"Sarawak Report percaya pihak berkuasa global yang menyiasat hubungan kewangan Quabaisi (Khadem) akan beralih minat mereka dengan perniagaan berbilion dolar Hakkasan."

Khadem membeli jenama Hakkasan pada harga GBP 69 juta pada 2009, dan mengembangkan kelab malam di Las Vegas itu pada 2013, katanya.

Hakkasan juga mempunyai restoran di 12 lokasi di seluruh dunia, termasuk di Jakarta, Doha, Dubai, Mumbai, New York, San Fransisco dan Miami.

Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan dakwaan ini dan telah menghubungi Hakkasan untuk mendapatkan komen.

Khadem adalah antara empat individu yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah DOJ untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion yang didakwa dibeli menggunakan dana yang diseleweng dari 1MDB.


Tiga lagi mereka, termasuk rakan perniagaan Abu Dhabi Mohammed Badawy al-Husseiny, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz (kiri) yang juga adalah penerbit Hollywood serta ahli perniagaan, Jho Low (kanan).

Kerajaan Malaysia mendakwa editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown yang berpangkalan di London adalah sebahagian daripada konspirator yang mahu menumbangkan perdana menteri. Ini dinafikan oleh Rewcastle-Brown.

Najib berulang kali menafikan dirinya menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali telah membersihkannya daripada sebarang salah laku.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .