» » White House gesa Malaysia perlihatkan tadbir urus yang baik dan iklim perniagaan yang telus berkaitan skandal 1MDB


White House menggesa Malaysia memperlihatkan tadbir urus yang baik dan iklim perniagaan yang telus, sehari selepas pendakwa raya AS memfailkan saman sivil untuk merampas aset bernilai AS$1 bilion yang mereka dakwa dibeli dengan wang yang dicuri dari dana sebuah firma pelaburan negara.

Saman itu berpotensi menyentuh isu hubungan antara kedua negara yang telah berkembang rapat semasa pentadbiran Presiden Barack Obama, yang melawat negara Asia Tenggara dua kali dalam tempoh dua tahun lepas.

Saman sivil itu mungkin menjejaskan hubungan, tetapi ia bukan satu kejutan, kata seorang pembantu kongres Amerika Syarikat.

"Ia merupakan satu kebimbangan ramai orang untuk masa yang lama," kata pembantu itu sambil mendakwa rasuah di Malaysia adalah satu masalah yang besar.

Tiada tuduhan jenayah difailkan dalam skandal yang menyelubungi 1MDB yang diselia sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Obama bercakap secara umum dengan Najib dalam lawatannya ke Malaysia tahun lepas mengenai keperluan terhadap ketelusan dan tadbir urus yang baik, kata jurucakap White House, Josh Earnest dalam satu taklimat media.

"Untuk kepentingan perniagaan mereka yang sedang mempertimbangkan menjalankan perniagaan di Malaysia, mereka mencari tanda-tanda iklim perniagaan yang baik," kata Earnest kepada pemberita.

Kerajaan Malaysia, katanya, harus dengan jelas memperlihatkan bahawa ia komited terhadap ketelusan dan tadbir urus yang baik, dan peraturan yang akan menggalakkan mereka yang sedang mempertimbangkan melabur dalam ekonomi Malaysia yang berkembang pesat untuk mempunyai keyakinan bahawa mereka boleh berbuat demikian dengan adil.

Najib dalam responsnya terhadap saman sivil itu berkata kerajaannya akan memberi kerjasama penuh kepada siasatan antarabangsa dalam kes 1MDB.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .