» » » Siapa yang dimaksudkan sebagai ‘Malaysian Official 1’ dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika berkaitan skandal 1MDB ?


Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) tidak menamakan Najib Razak secara langsung dalam saman mereka memohon untuk merampas harta yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), semalam.

Sebaliknya, jabatan itu hanya merujuk ‘pegawai atasan Malaysia’ sebagai ‘individu berkaitan’.

Saman yang difailkan di Los Angeles menyebut ‘Malaysian Official 1’ yang juga memegang satu jawatan yang berkuasa di dalam 1MDB.

Najib yang juga Menteri Kewangan adalah Penasihat Eksekutif 1MDB yang berkuasa membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan syarikat itu.

1MDB kini menanggung beban hutang sehingga RM50 bilion, tetapi kerajaan telah membuat keputusan untuk mengambil alih syarikat itu dan tanggungjawabnya.

Isu itu menjadi panas apabila RM2.6 bilion dikesan masuk ke akaun peribadi Najib yang didakwa sebagai ‘derma’ dari keluarga diraja Arab Saudi.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Najib ialah orang yang terbabit secara langsung dalam penyelewengan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat ini menanggung beban hutang yang besar dan kerajaan terdedah kepada risiko hutang.

Sementara itu, Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta E Lynch pada sidang medianya semalam ditanya sama ada wujud pengaturan untuk tidak menamakan Najib di dalam saman itu.

“Perjanjian kami hanya ke atas draf aduan sebagaimana kami lakukan dalam urusan berkaitan pelucutan hak.

“Saya tidak mempunyai komen terhadap mana-mana individu yang tidak dinamakan setakat ini,” katanya pada sidang media Jabatan Kehakiman di Washington DC.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, Najib yang terbabit secara langsung dengan 1MDB, perlu dikenakan tindakan kerana beliau juga adalah penasihat agensi itu

Katanya, Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan menjadi penasihat kepada 1MDB telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap berbilion-bilion ringgit wang kerajaan.

“Najib tidak menjalankan tanggungan fiduciary dengan bertanggungjawab. Ini adalah satu kesalahan besar walaupun laporan PAC menuding jari ke arah bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Hilmi sepenuhnya.


“Sementara tindakan terhadap Shahrol perlu diambil, tindakan terhadap penasihat 1MDB yang mewakili kerajaan tidak boleh diketepikan,” katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .