» » » Najib Razak nasihatkan agar tiada sebarang andaian dibuat berikutan saman Amerika berkaitan skandal 1MDB


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menasihatkan agar tiada sebarang andaian dibuat berikutan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat ke atas beberapa individu berhubung skandal 1MDB.

"Tak wajar buat apa-apa kesimpulan sehingga proses itu selesai," katanya menerusi rakaman video oleh Malay Mail Online hari ini.

Najib ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Felda di Kuala Lumpur.

Najib juga menegaskan bahawa saman DOJ itu bukannya saman jenayah dan ia terhad kepada nama yang telah disebutkan di dalam laporan itu.

Beliau juga memberi jaminan bahawa ihak kerajaan akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan semua badan siasatan antarabangsa.

"Saya memandang berat apa yang dibuat oleh DOJ. (Yang) telah disiarkan pada malam tadi perlulah diperjelaskan, ini tindakan sivil dan bukan tindakan jenayah terhadap nama-nama yang disebutkan dalam laporan DOJ.

"Oleh itu dari segi kerajaan kita akan bekerjasama yang sepenuhnya dengan semua badan siasatan peringkat antarabangsa," katanya.

Sambil menegaskan, kerajaan memandang serius dakwaan itu, beliau berkata pihaknya tidak ingin ada mana-mana pihak menyalah anggap bahawa kerajaan tidak mahu prinsip 'good governance'.

"Urus tadbir yang baik menjadi satu yang akan sentiasa diperjuangkan oleh Malaysia," katanya.

Diminta mengulas berhubung anak tirinya, Riza Aziz yang turut dinamakan dalam saman berkenaan, Najib hanya berkata:

"Dia mempunyai hak dia. Benarkan proses (itu) diteruskan," katanya.

Tak jejas hubungan dengan AS

Sementara itu, ketika ditanya sama ada isu berkenaan akan menjejaskan hubungan dengan Amerika Syarikat, Najib berkata perkara tersebut tidak akan berlaku kerana ia isu berasingan.

"Saya fikir ia adalah isu yang berasingan. Ia (saman sivil) melibatkan individu, tidak menjejaskan kedudukan keseluruhan mengenai dasar-dasar," katanya lagi.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dengan kerjasama DOJ Amerika Syarikat semalam mengemukakan saman sivil untuk menyita lebih AS$1 bilion aset didakwa diperolehi melalui dana 1MDB.

Dalam saman DOJ Amerika Syarikat yang difailkan, AS$731 juta dana 1MDB didakwa mengalir ke akaun bank rasmi 'Malaysian Official 1'.

DOJ menyifatkan tokoh itu sebagai "pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga mempunyai kedudukan berkuasa dalam 1MDB".

Malah, saman itu juga untuk melucutkan hak sivil di Los Angeles kerana mahu merampas aset bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM4 bilion) yang berkaitan dengan 1MDB.

Ia sebahagian daripada dana AS$3.5 bilion yang disalahgunakan dan aset lain yang terlibat termasuk rumah agam dan mewah, karya seni, jet peribadi dan kutipan filem 'The Wolf of Wall Street'.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .