Tampil dengan kepala ditutup menyerupai ‘tudung mak cik’. Itu taktik lima penjenayah yang memecah masuk sebuah kilang komponen peralatan elektrik sebelum melarikan puluhan kilogram kabel.
Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, suspek didapati memunggah dan menyumbatkan berpuluh kabel dicuri ke dalam kenderaan dinaiki sebelum melarikan diri.
Suspek dipercayai berpengalaman apabila menutup muka masing-masing menggunakan kain bagi mengelak wajah mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di pasang di premis di Taman Perindustrian Puchong, di sini.
Sumber polis berkata, pengurus kilang itu hanya menyedari premis berkenaan dipecah masuk selepas dimaklumkan pihak pengendali penggera keselamatan.
“Mangsa menerima panggilan memaklumkan penggera keselamatan dipasang di kilang berkenaan berbunyi dipercayai akibat dipecah masuk.
No comments: