Sejak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) menyaksikan pendapatan mereka jatuh sekurang-kurangnya 20 peratus.
Sambil mengakui kemerosotan itu adalah berikutan beberapa faktor, Presiden Persatuan IKS Malaysia, Michael Kang bagaimanapun berkata GST memburukkan lagi keadaan.
"Kadar pertukaran ringgit juga menurun, menjadikan import kurang menguntungkan. Isu terbaru membabitkan pekerja asing juga memberi kesan hebat kepada peniaga kecil. Mereka tidak dapat bersaing," kata Kang yang dipetik oleh The Malay Mail.
"Ia begitu teruk terutamanya sejak enam bulan lalu apabila pengguna memahami harga barangan menjadi lebih tinggi dan mengurangkan perbelanjaan mereka dengan ketara."
No comments: