» » Benarkah adanya tekanan dalam SPRM oleh pihak tertinggi di Malaysia berkaitan siasatan skandal 1MDB ?


Ekoran pengumuman penamatan jawatan Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dua tahun lebih awal menimbulkan berbagai persoalan dari jawapan.

Walaupun pada sidang media yang diadakan Abu Kassim menyatakan penamatan itu atas permintaan dirinya sendiri namun kenyataan bahawa ada campur tangan politik 'menekan' penamatannya tidak boleh sama sekali dikesampingkan.

Ini adalah berasaskan insiden yang berkembang hasil daripada siasatan RM 2.6 bilion 'sumbangan' ke akaun peribadi perdana menteri dan skandal 1MDB.

Ekoran pengumuman Mohamed Apandi Ali sebagai peguam negara baru berkuatkuasa pada 27 Julai 2015, beliau pada awal tahun 2016 telah membersihkan nama Perdana Menteri Najib Tun Razak daripada skandal RM 2.6B 'sumbangan' ke dalam akaun Perdana Menteri.

Peguam Negara sebelumnya, Gani Patail ditamatkan perkhidmatannya beberapa bulan lebih awal dari tempohnya.

Tindakan Apandi telah menimbulkan reaksi tidak puas hati SPRM melalui Panel Penilaian Operasi SPRM.

Antara lainnya PPO menuntut supaya SPRM diizinkan mendapatkan penyata kewangan dari bank luar negara yang masukkan RM2.6 bilion ke dalam akaun PM yang tidak dinafikan berlaku oleh peguam negara.

Apandi enggan bekerjasama untuk mendapatkan MLA atau bantuan undang-undang bersama untuk tujuan tersebut.

Tindakan memindahkan pengarah operasi khas suruhanjaya sebelumnya iaitu Datuk Bahri Mohd Zin ke JPM atas ketegasan beliau mengendalikan siasatan 1MDB serta pengarah komunikasi SPRM Datuk Rohaiza menimbulkan berbagai tanda soal.

Sebelumnya pejabat SPRM digeledah oleh polis atas alasan 'dokumen yang tidak patut didedahkan'. Datuk Bahri bersumpah untuk melindungi integriti SPRM daripada tindakan PDRM sebelum beliau dipindahkan secara mengejut.

Pihak Polis menahan beberapa pegawai SPRM termasuk timbalan pendakwa rayanya yang kesemuanya terlibat dalam siasatan ke atas 1MDB, SRC International sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati SPRM yang membuat solat hajat supaya Allah memelihara SPRM dan kakitangannya daripada diganggu membuat siasatan yang telus dan amanah.

Edaran dalaman dari Abu Kassim yang menyatakan kekesalannya terhadap pegawai-pegawainya yang diganggu menjalankan tugas siasatan rasuah dan komitmennya mempertahankan integriti SPRM adalah bukti SPRM 'dicerobohi' kuasa politik.

Kami mendesak satu penjelasan yang telus kerana semua perkembangan ini menunjukkan kepada satu arah, iaitu perdana menteri dan kabinetnya gagal memelihara kebebasan SPRM yang menjadi medan hadapan utama memerangi rasuah yang telah merosakkan negara.

Selain itu kebimbangan negara Malaysia menuju ke arah kediktatoran semakin menjadi kenyataan dengan misteri penamatan jawatan Tan Sri Abu Kassim Mohamad berkuatkuasa Ogos walaupun tempoh tamatnya ialah pada 4 Dis 2018.

_______________________________________________________________

DR MUJAHID YUSOF RAWA adalah naib presiden AMANAH dan ahli Parlimen Malaysia


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .